Subscribe

0

  • Sign in with Email

By clicking the button, I accept the Terms of Use of the service and its Privacy Policy, as well as consent to the processing of personal data.

Don’t have an account? Signup

  • Bookmarks
  • My Profile
  • Log Out
  • Hotels
    • Hotel Listicles
    • Hotels Opinion
    • Hotel Business News
    • New Appointments
    • Hotel Hot Topics
    • Hotel Events
  • Restaurants
    • Restaurants Listicles
    • Restaurants Opinion
    • Restaurants Events
    • Restaurants Hot Topics
  • Food
    • Food Listicles
    • Food Events
    • Food Opinion
    • Food Hot Topics
  • Beverages
    • Beverages Listicles
    • Beverages Events
    • Beverage Opinion
    • Beverages Hot Topics
  • Travel
    • Travels Listicle
    • Travels Opinion
    • Travels Events
    • Travel Hot Topics
  • Tourism
    • INTERNATIONAL
  • Magazine
    • SEPTEMBER 2024
    • August 2024
    • July 2024
  • Products & Suppliers
    • Product Showcase
ad_close_btn
  • LISTICLES
  • HOT TOPICS
  • OPINION
  • Events
  • POWERED BY Hospitality Lexis
  • FINANCE / GROWTH / CONSULTATION
You have successfully subscribed the newsletter.
Hotel LISTICLES Hotel

M Social Resort Penang Memperkenalkan Bufet Ramadhan “Kembara Wira & Manja”

Experience a special Iftar at M Social Resort Penang this Ramadan with our Kembara Wira & Manja Buffet, available daily from Feb 22 to Mar 18, 2026.

author-image
Hospibuz
10 Feb 2026 14:57 IST

Follow Us

New Update
0 (2)

Penang, Februari 2026 – Sepanjang bulan Ramadhan, M Social Resort Penang mengalu-alukan para tetamu untuk menikmati pengalaman berbuka puasa istimewa menerusi Bufet Ramadhan Kembara Wira & Manja. Bufet ini ditawarkan setiap hari dari 22 Februari hingga 18 Mac 2026, bermula jam 6.30 petang hingga 10.00 malam, dengan menampilkan keunikan warisan tempatan dalam suasana santai dan mesra. 

Bufet Ramadhan M Social Resort Penang diinspirasikan oleh Wira dan Manja, maskot rasmi beruang matahari bagi kempen Visit Malaysia 2026. Wira mengetengahkan cita rasa yang kaya dengan rempah, manakala Manja meraikan hidangan tradisional yang dekat di hati dan membangkitkan nostalgia Ramadhan. Gabungan ini menawarkan pengalaman menjamu selera yang seimbang dan sesuai untuk semua generasi. 

Menurut Jasmine Keh, Pengurus Besar M Social Resort Penang, “Ramadhan merupakan waktu untuk mempereratkan hubungan serta menikmati hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan. Menerusi Kembara Wira & Manja, chef kami menyajikan pilihan hidangan pelbagai, bagi para tetamu kita menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana yang tenang dan selesa.”

Sajian Bergilir Citarasa Tempatan 

Bufet Kembara Wira & Manja menampilkan konsep menu bergilir sepanjang tempoh Ramadhan. Empat set menu berbeza akan disajikan secara bergilir setiap hari, memberikan tetamu peluang untuk menikmati variasi hidangan yang berbeza setiap kali berkunjung. 

Antara sajian utama termasuk: 

● Hidangan Klasik: Kambing Panggang, Rendang Daging dan Nasi Briyani. 

● Kegemaran Tempatan: Satay Ayam & Daging, Murtabak, pelbagai jenis Kerabu dan Pasembur Pulau Pinang. 

● Sajian Antarabangsa: Stesen Pasta Seafood dengan Roda Keju interaktif 

● Pencuci Mulut: Kuih-muih tradisional, kek, pastri dan tart melengkapkan hidangan berbuka puasa. 

Bagi setiap Jumaat hingga Ahad, para tetamu turut dihiburkan dengan Persembahan Gamelan tradisional yang menambah kemeriahan suasana, serta berpeluang merakam kenangan bersama di sudut foto bertema Ramadhan.

Pilihan Harga & Tawaran Eksklusif Bufet Ramadhan Kembara Wira & Manja ditawarkan pada harga RM138 bersih bagi dewasa dan RM69 bersih bagi warga emas serta kanak-kanak. 

Ahli MyMillennium layak menikmati potongan harga eksklusif: 

● Classic: Diskaun 15% 

● Silver: Diskaun 20% 

● Prestige: Diskaun 25% 

Tawaran Awal & Pakej Berkumpulan 

Tawaran Early Bird pada harga RM118 bersih bagi dewasa disediakan untuk pembelian baucar sebelum 20 Februari 2026. 

Untuk tempahan berkumpulan atau majlis iftar korporat, tawaran berikut disediakan: ● Beli 9, Percuma 1 (tambahan diskaun 10%) 

● Beli 18, Percuma 2 (tambahan diskaun 15%) 

● Beli 45, Percuma 5 (tambahan diskaun 20%)

Maklumat Tempahan 

Bufet Ramadhan Kembara Wira & Manja dihidangkan di restoran utama, Beast & Butterflies, dan mencerminkan komitmen resort dalam menawarkan pengalaman berbuka puasa yang bermakna dan berkualiti sepanjang bulan Ramadhan. 

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi https://wa.me/60194208876atau emel Social.MSRP@millenniumhotels.com 

Subscribe to our Newsletter! Be the first to get exclusive offers and the latest news
logo

Related Articles
Read the Next Article
Latest Stories
Subscribe to our Newsletter! Be the first to get exclusive offers and the latest news


Subscribe to our Newsletter!




Select Language
English

Share this article

If you liked this article share it with your friends.
they will thank you later

Facebook
Twitter
Whatsapp

Copied!